Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Datang Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم
Rukun ketiga dalam Islam, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan merupakan amalan wajib setiap tahun bagi umat Islam di seluruh dunia. Kalau kita tak puase, maknenye kte bukan orang Islam lah kan..huhu.. bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh barakah, setiap amal ibadat yang kita lakukan akan berlipat kali ganda pahalanye.. Alhamdulillah, pada tahun ini diriku ini masih lagi hidup untuk berjumpa ramadhan sekali lagi. Dengan azam, akan cuba buat yang terbaik untuk ramadhan kali ini (tak pernah tgal lg puase k.. kih2).


Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)


Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."



jadi usaha la untuk kecikkan perut masing2 ye, skrg ni smua org perut memboyot ke depan je kte tgk.. kih2..  sesungguhnya perut yang kenyang merupakan antara punca kita tidak dapat mengawal nafsu nafsu yang lain. ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w dahulu tidak pernah sekali pun makan sehingga terlalu kenyang..  Dari Aisyah r.a, dia berkata "Keluarga Muhammad s.a.w tidak pernah kenyang dari roti tepung selama dua hari berturut-turut sehingga baginda meninggal dunia".. sunnah nabi kesayangan kita ialah makan sesudah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Rasulullah s.a.w dulu boleh je nak makan sampai kenyang jika baginda mintak, para sahabat dan pengikut Rasulullah s.a.w sanggup sediakan apa sahaja untuk baginda, tetapi Nabi Muhammad memilih untuk berlapar, mengikat perut dengan batu.

Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup, seolah-olah sendi tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda. Selepas selesai bersembahyang Umar
bertanya: "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"


"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar," balas Baginda.


"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan pada tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu kecil itu yang menimbulkan bunyi halus setiap kali Baginda bergerak.


"Ya Rasulullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" tanya Umar.


Lalu, Baginda menjawab dengan lembut: "Tidak sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"


"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak."


Lihatlah kita sekarang, makan dengan mewah, ambik banyak2, xhabis buang macam tu je.. jadi kalau ambik makanan ambiklah sekadar cukup, xpayah la ambik macam nk telan org kan.. kih2.. berhentilah sebelum kenyang, kte pn jadi xmngantok..

INGAT, perut yang kenyang merupakan punca segala penyakit, xkira la penyakit badan, penyakit akhlak ataupun penyakit rohani. sama-sama la kte mencontohi pemimpin agung, Rasulullah s.a.w.. semoga kita tergolong dikalangan orang yang beriman... aminnnnnn..



No comments:

Post a Comment