Wednesday, November 21, 2012

Ikhlas Berkawan


بسم الله الرحمن الرحيم 

Mungkin pada pandangan mata kita.. kita punyai ramai kawan.. tapi adakah semuanya ikhlas nk berkawan dengan kita atau sekadar untuk meminta pertolongan dari kita..



masa konvo aritu aku dapat perhatikan orang2 yang betul2 suka berkawan dengan kita.. bukan masa susah sahaja kita diperlukan dan dicari.. tetapi pada bila-bila masa sahaja.. ramai kawan yang datang bejumpa, yang mengucapkan tahniah dan memberi bunga sempena konvo (terharu.. wuwu), namun tidak sikit juga yang buat tidak tahu.. walaupun aku xmengharapkan sebarang hadiah atau ucapan.. namun hati ini terdetik mengatakan "time susah cari kita, time senang xhubungi lgsung".. astaghfirullahalazim... so think positif, mungkin mereka terlalu busy atau tidak perasan ade majlis konvo kt uum.. kih3.. ape2 pn aku doa yang terbaik untuk kawan2 ku.. aminnn..

Wednesday, August 8, 2012

10 Terakhir Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم



Tinggal lagi 10 hari sebelum berakhirnya bulan yang mulia ini.. disebabkan busy kerja, xsedar masa berlalu begitu sahaja.. alangkah ruginya jika tidak diisi dengan zikir dan ibadat kepada Allah SWT.. jadi rebutlah 10 malam terakhir ini untuk mendapatkan malam 1000 bulan.. LAILATUL QADAR.. MasyaAllah.. 1000 bulan? bayangkan pahala didarab dengan seribu bulan.. sebagai contoh, gaji kita sebulan kerja cikgu biasenye around RM 3000 la kan.. cuba darabkan dengan seribu.. berapa? 3,000,000.. TIGA JUTA ringgit.. ada ke bos kt dunia ni nk bg 3juta klau gaji kita 3,000.. xkn ade pnye lah.. betapa pemurahnya ALLAH SWT menyediakan satu malam untuk umat ISLAM melipat gandakan pahala.. ingatlah sesungguhnya tiada benda di dunia ini yang mampu menandingi nilai pahala ALLAH SWT.. jadi mari lah pulun memperbanyakkan ibadat kepada ALLAH SWT, pecutan terakhir di bulan RAMADHAN.. tapi jangan lepas puasa ni trus berkurang ibadat kita.. perbanykkanlah.. insyaAllah ada umur yang panjang, jumpa lagi RAMADHAN di tahun hadapan.. aminnn..

Thursday, July 26, 2012

4.00

بسم الله الرحمن الرحيم


Semester akhir sememangya semester paling menggembirakan.. kejenye enjoy n jalan-jalan.. changlun, jitra, alor star, puncak janing, puncak vista, bandung, bukit kayu hitam, sungai petani n macam2 lg lah.. changlun pun stiap mggu mesti pegi.. haha.. tp jln, jln jgk, belajar pn kne jgk.. dengan hanya 2subjek je sem ni, aku mensasarkan 4 flat sebagai sasaran, 1 paper IT yang sng n 1 lg paper IT yang susah ckit.. bila menjelang exam, aku bajet nk study gle2.. tp malangnye, merendek ke sana sini, hati pn jd cuak ble nk msuk jwb exam.. tp time jawab kertas exam tu smbil gelak je.. kah2.. soalan semua macam senang je, Alhamdulillah, sebelum ni dah ambik banyak sgt paper IT, so xyah study sgt, ingat yg dulu je.. hihi.. dan resultnye.. jeng3.. 4 FLAT!!!! Alhamdulillah3.. semua geng2 sem 8 aku pn dapat result yang bagus.. huhu.. jd kamisemua leh konvo nt.. jumpa di sana!

p/s: "ko dah study blom ni? kalau ko xdpt 4flat jge ko".. itulah ayat warning membe2 sekeliling.. sbb aku slalu nk ikut diorg jln even esknye exam.. kah3..

Friday, July 20, 2012

Semester 8 Gangs~~

  بسم الله الرحمن الرحيم

masuk semester 8, boleh dikatakan hampir smua member rapat aku telah habis blajar sbb diorg buat 7 sem je, aku ni xselaju diorg.. kih2.. (padahal nak main kt uum xpuas lg).. aku pun pikir mesti aku alone seperti pendekar di semester 8 ini, tp xape sebab aku memang lone ranger orangnye.. namun jangkaan ku meleset sama sekali bila aku msuk geng budak edu akaun.. mmg kamceng trus ah.. kah3.. diorg ni boleh dikatakan hampir smua org buat 8 semester sbb akaun ni susah.. jadi di sini saya ingin perkenalkan my 'GirlFriends' (smua pmpn sbb ckgu mmg kurang laki k.. haha.. tmbah2 laki yg len pakat wat 7sem).. diorg ni yang mmg kaki lepak la, jd yang xde gambar tu bukan kaki lepak.. haha..

Bacaan yang sungguh merdu

بسم الله الرحمن الرحيم
2 orang Imam yang diterbangkan dari Mesir, Syeikh Ramadhan dan Syeikh Hisyam sememangnya berbaloi, mereka akan berada di Kelantan selama bulan Ramadhan ini..(kebetulan lak nme imam tu Ramadhan.. hehe..).. bacaan mereka yang mengasikkan telah menjadikan masa berlalu dengan pantas, walaupun bacaan mereka sangat panjang, tetapi rasa macam sekejap je.. suara dan tarannum yang mendayu dayu, rse nak nangis bila dihayati.. huhu..

Gambar khemah Tarawih di tepi stadium Kelantan.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Datang Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم
Rukun ketiga dalam Islam, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan merupakan amalan wajib setiap tahun bagi umat Islam di seluruh dunia. Kalau kita tak puase, maknenye kte bukan orang Islam lah kan..huhu.. bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh barakah, setiap amal ibadat yang kita lakukan akan berlipat kali ganda pahalanye.. Alhamdulillah, pada tahun ini diriku ini masih lagi hidup untuk berjumpa ramadhan sekali lagi. Dengan azam, akan cuba buat yang terbaik untuk ramadhan kali ini (tak pernah tgal lg puase k.. kih2).


Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)


Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Friday, July 13, 2012

Juara Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

بسم الله الرحمن الرحيم


Bes kan? kan?.. huhu.. juara dunia tu.. klau dalam badminton macam lee chong wei, dalam bola sepak macam sepanyol, dalam tenis macam rafael nadal.. Muhammad Anuar Ghazali ni lak juara dunia baca Al Quran.. hebat yang teramat.



Mengukir sejarah kepada peserta Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali (Kelantan) yang berusia 36 tahun dinobatkan sebagai juara kategori qari setelah memperdengarkan Ayat 84 Surah Hud dan meraih markah 95.33 peratus.


Manakala kategori Qariah dimenangi oleh peserta Maghribi Hasnae Khoulali berumur 19 tahun.Beliau memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus.

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM40,000 setiap seorang selain trofi dan sijil penyertaan