Wednesday, December 7, 2011

Agama Dan Politik

 بسم الله الرحمن الرحيم
Sering kali aku dengar org cakap agama dan politik ni jangan dicampur adukkan.. sesungguhnya ini la fahaman sekularisme.. mana ada benda yang kita buat kt dunia ni boleh dipisahkan dengan agama yang agung, agama ISLAM.. kalau nak pisahkan politik dan agama, hancur lah politik negara tu dengan politik kotor.. dapat aku lihat di negara kita sendiri.. parti politik yang memperjuangkan Islam seperti diperlekehkan oleh parti pemerintah.. semoga negara kita mengamal politik berlandaskan Islam sepenuhnya pada masa hadapan.. aminnn..

AGAMA dan POLITIK

Setiap benda yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa mempunyai saling kaitan antara satu sama lain. Hal-hal seperti agama dan politik tidak terkecuali dalam hal ini. Politik merangkumi makna yang cukup luas. Bukan sahaja tertumpu kepada aspek pentadbiran dan kenegaraan semata-mata, malahan hubungan sesama manusia dan juga kehidupan seharian juga dikatakan sebagai politik. Pendek kata , apa sahaja yang kita lakukan adalah politik. Kita mungkin keliru memikirkan apa yang dimaksudkan sebagai politik itu. Akan tetapi inilah hakikat yang sebenarnya . Agama sebagai satu kepercayaan dan pegangan merupakan tunjang kepada semua aspek kehidupan termasuklah aspek politik . Apa sahaja yang kita lakukan perlulah mengikuti jalan-jalan yang disyorkan oleh agama. Jika ianya bertentangan , sudah pasti akan terdapat masalah dan kerumitan yang bakal timbul.

Sebagai lanjutan, politik bertolak daripada aqidah dan juga berasaskan tasawur yang tetap dan syumul. Dari sinilah, Islam tidak terpisah daripada politik dan politik tidak tersisih daripada agama . Hakikat inilah yang melahirkan suatu ungkapan yang menggambarkan suatu rumusan yang diakui oleh umat Islam secara ijma’ : Islam din wa Dawlah. Apa yang ada dalam agama sehingga menyebabkan politik tidak tersisih daripadanya? Hal yang demikian mungkin menyebabkan kita tertanya-tanya . Di dalam agama terdapat aqidah yang mendukungnya. Aqidah merupakan asas dalam agama . Jika aqidah itu pincang , maka pincanglah agama itu.

baca lebih lanjut di sumber http://no19gangsa9.tripod.com/khazanah/politiknagama.htm