Thursday, June 28, 2012

Tempat Aku Belajar

بسم الله الرحمن الرحيم


"Menuntut Ilmu itu satu keperluan"


Tadika.

Kecik2 dulu aku pernah masuk tadika mse kat sabah.. mse tu umur aku 5taun.. mse 1st day aku g tadika tu, aku g ngn org gaji (kak ummek), aku bwk mainan banyak gle.. sampai2 je kt tadika tu mmg x tgk la kan ckgu mngajar.. aku lantas mengeluarkan mainan yg aku bawak (nak menunjuk la ktekan, budak kecik lg), baru beberapa saat aku keluarkan mainan aku, terus

Tuesday, June 12, 2012

Makan dan Minum Nabi

بسم الله الرحمن الرحيم
Saya telah membaca sebuah buku bertajuk "Mukjizat dan Tanda-tanda Kenabian Semasa Kelahiran Nabi Muhammad SAW" susunan Dr Muhammad Dhani, LC. Buku ini sememangnya membuatkan saya lebih kenal akan Rasul terakhir kita, Nabi Muhammad SAW. betapa sempurnanya akhlak Rasulullah SAW. antara yang terdapat dalam buku ini yang ingin saya kongsikan ialah mengenai Makan dan Minum Nabi. 


TIDAK PERNAH MENCELA MAKANAN

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Sunday, June 10, 2012

My Edu IT Friends

Sekarang sudah masuk bulan 6/2012 bererti dalam beberapa minggu lagi, tamatlah kisah hidupku sebagai pelajar sarjana muda Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Utara Malaysia. Dalam post saya yang terbaru ini tidak berkaitan dengan  masalah komputer, software atau lain² seperti mana post² saya yang sebelum ini, tetapi post kali ini adalah mengenai sahabat² sealiran a.k.a my coursemate di UUM. terdapat 28 orang pelajar sarjana muda Pendidikan IT ambilan 2008/2009 di UUM ini yang ingin saya perkenalkan dan coretkan serba sedikit mengenai mereka di blog saya ini. (tedetik hati nk menulis blog psl kwn2 tetibe.. kui3..)

Wednesday, June 6, 2012

Allah SWT Maha Pengampun

Suatu hari Umar Al Khattab masuk menemui Baginda Nabi s.a.w dalam keadaan menangis. lalu Baginda bertanya "Apa yang menyebabkan kamu menangis wahai Umar?"

Jawab Umar, "Di hadapan sana ada seorang pemuda yang telah meruntuhkan hatiku dengan tangisannya "
Lalu Baginda memerintahkan pemuda tersebut supaya masuk lalu bertanya, "Apa yang membuatkan kamu menangis sedemikian rupa?"
Jawab si pemuda, "Dosaku terlalu besar ya Rasulullah.. "
Baginda bertanya "Adakah kamu menyekutukan Allah?"
"Tidak ya Rasulullah.."
"Adakah kamu membunuh jiwa tanpa hak ?"
"Tidak ya Rasulullah.."


Sabda baginda "Kalau demikian Allah akan ampunkan dosamu walau sebesar mana sekalipun.."
Kata si pemuda "Tapi dosaku terlalu besar ya Rasulullah.."
"Adakah dosamu lebih besar dari kursi Allah ?"
"Ya..dosaku lebih besar dari kursi Allah.."
"Adakah dosamu lebih besar dari arasy Allah ?"
"Ya ..dosaku lebih besar dari arasy Allah.."


"Adakah dosamu lebih besar dari Allah..?"
"Bahkan..Allah lah yang lebih besar.." jawab pemuda akhirnya.


Lalu Rasulullah meminta si pemuda menceritakan dosanya tersebut.
"Aku sangat malu untuk menceritakannya ya Rasulullah.."
Lalu pemuda tersebut menceritakan..
Aku seorang penggali kubur. Kerjaku mencuri kain kafan. Suatu hari aku menggali kubur seorang wanita dari kaum ansar yang baru meninggal dunia. Setelah aku gali, aku telanjangkan si mayat tadi dan ku ambil kain kafannya. Selang beberapa langkah inginku tinggalkan kuburnya tiba-tiba syaitan mencucuk nafsuku. Lantas aku kembali dan ku setubuhi mayat wanita tersebut. Apabila aku ingin meninggalkannya tiba-tiba mayat tersebut bangkit lalu menjerit kepadaku.
"Celaka kamu wahai pemuda! Kamu telanjangkan aku di hadapan ahli kubur yang ramai ini kemudian kamu tinggalkan aku dalam keadaan berjunub menghadap Tuhanku!"
Lalu aku terkejut dan menangis ya Rasulullah...aku menyesal.."
Mendengar ceritanya Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan dan kemarahan lantas meluru dan menolak bahu si pemuda seraya berkata "Pergilah kamu! Sesungguhnya neraka jahanam lebih layak untukmu!"
Si pemuda itu menangis dan terus memohon taubat daripada Allah ta'ala. Diriwayatkan dia meminta ampun selama 40 hari 40 malam sehingga akhirnya dalam doanya dia meminta :
"Ya Allah andainya Engkau telah ampunkan aku maka tolong khabarkan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya.."
Lalu Jibril turun menemui baginda s.a.w. dengan katanya ;
"Ya Rasulullah. Tuhanmu berkirim salam kepadamu .."
Sesudah dijawab salam tersebut lalu kata Jibril;
"Aku menyampaikan pesan dari Tuhanmu, adakah engkau yang menciptakan makhluk ? "
"Bahkan Allah yang menciptakan semua makhlukNya.."


Kata Jibril "Tuhanmu berpesan bahawa Dia telah mengampunkan dosa pemuda tersebut.."
Lalu Baginda menghantar utusan menjemput si pemuda dan memberi khabar gembira bahawa taubatnya telahpun diterima.