Wednesday, November 21, 2012

Ikhlas Berkawan


بسم الله الرحمن الرحيم 

Mungkin pada pandangan mata kita.. kita punyai ramai kawan.. tapi adakah semuanya ikhlas nk berkawan dengan kita atau sekadar untuk meminta pertolongan dari kita..



masa konvo aritu aku dapat perhatikan orang2 yang betul2 suka berkawan dengan kita.. bukan masa susah sahaja kita diperlukan dan dicari.. tetapi pada bila-bila masa sahaja.. ramai kawan yang datang bejumpa, yang mengucapkan tahniah dan memberi bunga sempena konvo (terharu.. wuwu), namun tidak sikit juga yang buat tidak tahu.. walaupun aku xmengharapkan sebarang hadiah atau ucapan.. namun hati ini terdetik mengatakan "time susah cari kita, time senang xhubungi lgsung".. astaghfirullahalazim... so think positif, mungkin mereka terlalu busy atau tidak perasan ade majlis konvo kt uum.. kih3.. ape2 pn aku doa yang terbaik untuk kawan2 ku.. aminnn..

Wednesday, August 8, 2012

10 Terakhir Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم



Tinggal lagi 10 hari sebelum berakhirnya bulan yang mulia ini.. disebabkan busy kerja, xsedar masa berlalu begitu sahaja.. alangkah ruginya jika tidak diisi dengan zikir dan ibadat kepada Allah SWT.. jadi rebutlah 10 malam terakhir ini untuk mendapatkan malam 1000 bulan.. LAILATUL QADAR.. MasyaAllah.. 1000 bulan? bayangkan pahala didarab dengan seribu bulan.. sebagai contoh, gaji kita sebulan kerja cikgu biasenye around RM 3000 la kan.. cuba darabkan dengan seribu.. berapa? 3,000,000.. TIGA JUTA ringgit.. ada ke bos kt dunia ni nk bg 3juta klau gaji kita 3,000.. xkn ade pnye lah.. betapa pemurahnya ALLAH SWT menyediakan satu malam untuk umat ISLAM melipat gandakan pahala.. ingatlah sesungguhnya tiada benda di dunia ini yang mampu menandingi nilai pahala ALLAH SWT.. jadi mari lah pulun memperbanyakkan ibadat kepada ALLAH SWT, pecutan terakhir di bulan RAMADHAN.. tapi jangan lepas puasa ni trus berkurang ibadat kita.. perbanykkanlah.. insyaAllah ada umur yang panjang, jumpa lagi RAMADHAN di tahun hadapan.. aminnn..

Thursday, July 26, 2012

4.00

بسم الله الرحمن الرحيم


Semester akhir sememangya semester paling menggembirakan.. kejenye enjoy n jalan-jalan.. changlun, jitra, alor star, puncak janing, puncak vista, bandung, bukit kayu hitam, sungai petani n macam2 lg lah.. changlun pun stiap mggu mesti pegi.. haha.. tp jln, jln jgk, belajar pn kne jgk.. dengan hanya 2subjek je sem ni, aku mensasarkan 4 flat sebagai sasaran, 1 paper IT yang sng n 1 lg paper IT yang susah ckit.. bila menjelang exam, aku bajet nk study gle2.. tp malangnye, merendek ke sana sini, hati pn jd cuak ble nk msuk jwb exam.. tp time jawab kertas exam tu smbil gelak je.. kah2.. soalan semua macam senang je, Alhamdulillah, sebelum ni dah ambik banyak sgt paper IT, so xyah study sgt, ingat yg dulu je.. hihi.. dan resultnye.. jeng3.. 4 FLAT!!!! Alhamdulillah3.. semua geng2 sem 8 aku pn dapat result yang bagus.. huhu.. jd kamisemua leh konvo nt.. jumpa di sana!

p/s: "ko dah study blom ni? kalau ko xdpt 4flat jge ko".. itulah ayat warning membe2 sekeliling.. sbb aku slalu nk ikut diorg jln even esknye exam.. kah3..

Friday, July 20, 2012

Semester 8 Gangs~~

  بسم الله الرحمن الرحيم

masuk semester 8, boleh dikatakan hampir smua member rapat aku telah habis blajar sbb diorg buat 7 sem je, aku ni xselaju diorg.. kih2.. (padahal nak main kt uum xpuas lg).. aku pun pikir mesti aku alone seperti pendekar di semester 8 ini, tp xape sebab aku memang lone ranger orangnye.. namun jangkaan ku meleset sama sekali bila aku msuk geng budak edu akaun.. mmg kamceng trus ah.. kah3.. diorg ni boleh dikatakan hampir smua org buat 8 semester sbb akaun ni susah.. jadi di sini saya ingin perkenalkan my 'GirlFriends' (smua pmpn sbb ckgu mmg kurang laki k.. haha.. tmbah2 laki yg len pakat wat 7sem).. diorg ni yang mmg kaki lepak la, jd yang xde gambar tu bukan kaki lepak.. haha..

Bacaan yang sungguh merdu

بسم الله الرحمن الرحيم
2 orang Imam yang diterbangkan dari Mesir, Syeikh Ramadhan dan Syeikh Hisyam sememangnya berbaloi, mereka akan berada di Kelantan selama bulan Ramadhan ini..(kebetulan lak nme imam tu Ramadhan.. hehe..).. bacaan mereka yang mengasikkan telah menjadikan masa berlalu dengan pantas, walaupun bacaan mereka sangat panjang, tetapi rasa macam sekejap je.. suara dan tarannum yang mendayu dayu, rse nak nangis bila dihayati.. huhu..

Gambar khemah Tarawih di tepi stadium Kelantan.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Datang Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم
Rukun ketiga dalam Islam, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan merupakan amalan wajib setiap tahun bagi umat Islam di seluruh dunia. Kalau kita tak puase, maknenye kte bukan orang Islam lah kan..huhu.. bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh barakah, setiap amal ibadat yang kita lakukan akan berlipat kali ganda pahalanye.. Alhamdulillah, pada tahun ini diriku ini masih lagi hidup untuk berjumpa ramadhan sekali lagi. Dengan azam, akan cuba buat yang terbaik untuk ramadhan kali ini (tak pernah tgal lg puase k.. kih2).


Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)


Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Friday, July 13, 2012

Juara Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

بسم الله الرحمن الرحيم


Bes kan? kan?.. huhu.. juara dunia tu.. klau dalam badminton macam lee chong wei, dalam bola sepak macam sepanyol, dalam tenis macam rafael nadal.. Muhammad Anuar Ghazali ni lak juara dunia baca Al Quran.. hebat yang teramat.



Mengukir sejarah kepada peserta Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali (Kelantan) yang berusia 36 tahun dinobatkan sebagai juara kategori qari setelah memperdengarkan Ayat 84 Surah Hud dan meraih markah 95.33 peratus.


Manakala kategori Qariah dimenangi oleh peserta Maghribi Hasnae Khoulali berumur 19 tahun.Beliau memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus.

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM40,000 setiap seorang selain trofi dan sijil penyertaan

Wednesday, July 4, 2012

Aku dan Universiti Utara Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Universiti Utara Malaysia terletak di Sintok, Kedah, pekan terdekat ialah pekan Changloon yang idup segan mati tak mau setiap kali cuti sem UUM, time uum xcuti maju gle ah.. kih2.. aku belajar selama 4tahun di UUM bersamaan dengan 8semesterrrrrrrr.. bukan extend k, mmg kos aku 8sem.. aku ambik kos Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan minor Matematik.

Tuesday, July 3, 2012

Ruang Antara Makmum Dalam Saf

 بسم الله الرحمن الرحيم

 

Luruskan saf ! Rapatkan saf !
Ungkapan ini sering kita dengar dari mulut imam dalam hendak memulakan solat secara berjemaah.

kalau kt masjid uum, xde masalah rsenye.. mmg saf rapat je mse smyg kt masjid.. masalah kurang rapat saf ni biasanye kt kampung la.. nk tegur macam xsanggup lak, orang-orang dah veteran.. nape la malu sangat nk rapatkan saf.. ego la kut.. kadang2 ble kte rapatkan bahu or kaki ngn pakcik sebelah.. leh plak die lari kan.. wuwu..

 jadi kita selaku org yang tahu kne la cuba perbetulkan, at least bgtau la dengan nada yang lembut.. "pakcik2, klau xrapat saf ni, syaitan leh duduk celah ni".. klau dh tegur tp tetap xnk wat nk wt cmne kan, at least tanggungjawab kte dah lepas..=)

"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

Thursday, June 28, 2012

Tempat Aku Belajar

بسم الله الرحمن الرحيم


"Menuntut Ilmu itu satu keperluan"


Tadika.

Kecik2 dulu aku pernah masuk tadika mse kat sabah.. mse tu umur aku 5taun.. mse 1st day aku g tadika tu, aku g ngn org gaji (kak ummek), aku bwk mainan banyak gle.. sampai2 je kt tadika tu mmg x tgk la kan ckgu mngajar.. aku lantas mengeluarkan mainan yg aku bawak (nak menunjuk la ktekan, budak kecik lg), baru beberapa saat aku keluarkan mainan aku, terus

Tuesday, June 12, 2012

Makan dan Minum Nabi

بسم الله الرحمن الرحيم
Saya telah membaca sebuah buku bertajuk "Mukjizat dan Tanda-tanda Kenabian Semasa Kelahiran Nabi Muhammad SAW" susunan Dr Muhammad Dhani, LC. Buku ini sememangnya membuatkan saya lebih kenal akan Rasul terakhir kita, Nabi Muhammad SAW. betapa sempurnanya akhlak Rasulullah SAW. antara yang terdapat dalam buku ini yang ingin saya kongsikan ialah mengenai Makan dan Minum Nabi. 


TIDAK PERNAH MENCELA MAKANAN

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Sunday, June 10, 2012

My Edu IT Friends

Sekarang sudah masuk bulan 6/2012 bererti dalam beberapa minggu lagi, tamatlah kisah hidupku sebagai pelajar sarjana muda Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Utara Malaysia. Dalam post saya yang terbaru ini tidak berkaitan dengan  masalah komputer, software atau lain² seperti mana post² saya yang sebelum ini, tetapi post kali ini adalah mengenai sahabat² sealiran a.k.a my coursemate di UUM. terdapat 28 orang pelajar sarjana muda Pendidikan IT ambilan 2008/2009 di UUM ini yang ingin saya perkenalkan dan coretkan serba sedikit mengenai mereka di blog saya ini. (tedetik hati nk menulis blog psl kwn2 tetibe.. kui3..)

Wednesday, June 6, 2012

Allah SWT Maha Pengampun

Suatu hari Umar Al Khattab masuk menemui Baginda Nabi s.a.w dalam keadaan menangis. lalu Baginda bertanya "Apa yang menyebabkan kamu menangis wahai Umar?"

Jawab Umar, "Di hadapan sana ada seorang pemuda yang telah meruntuhkan hatiku dengan tangisannya "
Lalu Baginda memerintahkan pemuda tersebut supaya masuk lalu bertanya, "Apa yang membuatkan kamu menangis sedemikian rupa?"
Jawab si pemuda, "Dosaku terlalu besar ya Rasulullah.. "
Baginda bertanya "Adakah kamu menyekutukan Allah?"
"Tidak ya Rasulullah.."
"Adakah kamu membunuh jiwa tanpa hak ?"
"Tidak ya Rasulullah.."


Sabda baginda "Kalau demikian Allah akan ampunkan dosamu walau sebesar mana sekalipun.."
Kata si pemuda "Tapi dosaku terlalu besar ya Rasulullah.."
"Adakah dosamu lebih besar dari kursi Allah ?"
"Ya..dosaku lebih besar dari kursi Allah.."
"Adakah dosamu lebih besar dari arasy Allah ?"
"Ya ..dosaku lebih besar dari arasy Allah.."


"Adakah dosamu lebih besar dari Allah..?"
"Bahkan..Allah lah yang lebih besar.." jawab pemuda akhirnya.


Lalu Rasulullah meminta si pemuda menceritakan dosanya tersebut.
"Aku sangat malu untuk menceritakannya ya Rasulullah.."
Lalu pemuda tersebut menceritakan..
Aku seorang penggali kubur. Kerjaku mencuri kain kafan. Suatu hari aku menggali kubur seorang wanita dari kaum ansar yang baru meninggal dunia. Setelah aku gali, aku telanjangkan si mayat tadi dan ku ambil kain kafannya. Selang beberapa langkah inginku tinggalkan kuburnya tiba-tiba syaitan mencucuk nafsuku. Lantas aku kembali dan ku setubuhi mayat wanita tersebut. Apabila aku ingin meninggalkannya tiba-tiba mayat tersebut bangkit lalu menjerit kepadaku.
"Celaka kamu wahai pemuda! Kamu telanjangkan aku di hadapan ahli kubur yang ramai ini kemudian kamu tinggalkan aku dalam keadaan berjunub menghadap Tuhanku!"
Lalu aku terkejut dan menangis ya Rasulullah...aku menyesal.."
Mendengar ceritanya Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan dan kemarahan lantas meluru dan menolak bahu si pemuda seraya berkata "Pergilah kamu! Sesungguhnya neraka jahanam lebih layak untukmu!"
Si pemuda itu menangis dan terus memohon taubat daripada Allah ta'ala. Diriwayatkan dia meminta ampun selama 40 hari 40 malam sehingga akhirnya dalam doanya dia meminta :
"Ya Allah andainya Engkau telah ampunkan aku maka tolong khabarkan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya.."
Lalu Jibril turun menemui baginda s.a.w. dengan katanya ;
"Ya Rasulullah. Tuhanmu berkirim salam kepadamu .."
Sesudah dijawab salam tersebut lalu kata Jibril;
"Aku menyampaikan pesan dari Tuhanmu, adakah engkau yang menciptakan makhluk ? "
"Bahkan Allah yang menciptakan semua makhlukNya.."


Kata Jibril "Tuhanmu berpesan bahawa Dia telah mengampunkan dosa pemuda tersebut.."
Lalu Baginda menghantar utusan menjemput si pemuda dan memberi khabar gembira bahawa taubatnya telahpun diterima.

Thursday, May 31, 2012

Kisah Nabi Muhammad Dan Pengemis Yahudi Buta..

بسم الله الرحمن الرحيم
Keindahan Akhlak Rasulullah s.a.w yang tidak akan dapat kita tandingi..



..Kisah Nabi Muhammad Dan Pengemis Yahudi Buta..

Alkisah…di ujung sudut pasar Madinah Al Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari, apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata, "wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu pembohong, dia itu orang gila, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Tetapi tanpa disadari oleh sang pengemis Yahudi buta, setiap paginya Rasulullah Muhammad SAW mendatanginya dengan membawa makanan, tanpa berkata sepatah kata pun.

Tuesday, May 29, 2012

Aku dan Kopiah

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku mse duk kt PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam), pelajar diwajibkan pkai kopiah.. start dari situ aku pn slalu la pkai kopiah tak kira kemana aku pergi.. sampai la aku tingkatan 3.. time perhimpunan pagi, aku terkejut mendengar larangan pemakaian kopiah ke sekolah.. walaubagaimanapun, aku wat xtau je.. aku trus pakai sampai la tengah taun (xde ckgu tegur pn).. tp pada suatu hari, mse kelas pendidikan seni, seorang ckgu tu panggil aku pegi depan, pnye la cuak kan sbb mse tu aku syok je duk menyembang kt belakang, nape la pulak kne panggil ni, ade aku buli ank die ke? ade aku bising dalam kelas ke?.. die pun tnye aku, "boleh ke pkai kopiah kt sekolah".. aku pun smbil teketar2 jawab "xleh ckgu".. "dah tu bukak la kopiah tu, lepas ni saya tak nak tgk awk pkai kopiah lg dlm kelas saya".. start dari situ aku pn xpkai dah kopiah g skolah kecuali bulan puase, lgpn dh naik form 4 ckgu tu dh xngajar aku.. kih2.. tp dah jd biase xpkai kopiah, klau kt u, kadang2 pakai kadang2 x mse g kls..

pkai kopiah ni leh tambah keimanan tau, sebab mse pkai kopiah nk wt dosa pn rasa malu pada diri sndiri.. contohnya ada awek lawa lalu, nak tenung lama2 dengan kopiah di kepala ni mmg x ah.. malu kot.. haha..


Memakai serban dan kopiah adalah sebahagian daripada Sunnah Nabi, ini berdasarkan sabdanya:

Sabda Rasulullah SAW:

دخل النبي صلى الله عليه وسلم مكة يوم الفتح و عليه عمامة سوداء

Maksud: “Nabi SAW memasuki Kota Mekah sewaktu pembebasan Mekah, baginda memakai serban hitam”.

Wednesday, May 16, 2012

Umrah?

بسم الله الرحمن الرحيم




Dulu mse kecik2, xpernah terfikir pun nak pegi mekah.. tp ble dah besar ni, teringin sangat nk ke sana buat umrah, insyaAllah..(haji nanti dengan isteri tercinta, ewahhh).. klau nanti dapat kerja, gaji pertama nak buat pergi umrah (kan gaji 1st slalunye tertunggak 3bln, ckup la tu.. kih2).. lagi pun mak yang ajak pegi skali, "mak ngn abah pkai la duit sndiri, kiki pkai gaji kiki nt, deh, deh".. baik lah mak, insyaAllah..

Wednesday, April 18, 2012

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

بسم الله الرحمن الرحيم

menghirup pinggan..
klau dinilai daripada ilmu dunia, ini adalah akhlak buruk, orang melayu kata buruk lantak.. tapi kalau kita ukur dari kaca mata Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w.. inilah keindahan akhlak Islam.. seorang ulamak yang menghargai nikmat Allah, seorang ulamak yang cuba menjimatkan setiap rezeki yang Allah kurniakan walau saki baki butiran makanan di pinggannya.. bayangkan ulamak seperti ini yang menjimatkan walau butiran nasi di pinggan, tentulah dia sangat jimat dalam menguruskan harta negeri yang menjadi hak milik rakyat.. Allahuakhbar.. pnjangkn umur tok guru..

Thursday, March 29, 2012

Kursus Kahwin?

بسم الله الرحمن الرحيم
Semester 8, pada umur 23 taun, aku masuk kursus kawin??? KURSUS KAHWIN????..  gatal nak kawin.. tu la orang cakap kalau g kursus kawin awal2 ni.. hak2.. xkisah la.. dr sem1 dulu ade dengar psl kursus ni, tp macam malu lak nak g.. ni membe geng sem 8 aku ajak, jd xkisah sangat la nak pegi.. ade membe kan.. yeye, mmg pmpn ajak, tp bukan awek aku k.. membe.. haha.. lgpun skali seumur hidup je..

Sesungguhnya kursus kahwin ni menyedarkan aku akan tanggungjawab org yang berkahwin dan keindahan perkahwinan jika suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain.. ewahh.. banyak benda yang perlu aku pelajari dan dalami sebelum layak menjadi calon suami org.. ble aku dah bersedia nanti, akan ku pinang mu dengan bismillah..


hik2.. tetibe je..kih2..

akan ku cuba jd suami yang soleh buat isteriku yang solehah.. adoi jauh tol brangan.. kah2.. yang penting bakal isteri ku nanti suke melancong n ske cuba ape2 je bnde.. mcm terjun payung terjun ke, skating ke.. kih2..


Tuesday, March 27, 2012

Lagu Memberi Semangat!



lagu OST Imam Muda ni mmg memberi semangat kepada aku setiap kali aku dengar.. lirik lagu ni pun penuh makna.. huhu.. trus wat lagu background blog.. kih2..

nak karok lagu ni nt.. kih3.. jom sme2 nyanyi!

OWh ho..
Mawi: 
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Tuesday, March 6, 2012

My Brothers

 بسم الله الرحمن الرحيم

Ditakdirkan tiada adik bradik pempuan.. ade 4 org adik bradik, sume laki.. hehe.. inilah anak2 kepada Ustazah Masitah..

Farid Al Hafiz 

My eldest brother.. panggil die bampis.. kih2.. bampis ni skema.. mse sekolah kuat study.. pstu dilantik jd ketua pengawas.. nampak sgt pelajar yang skema.. siap jd ketua pengawas lg.. kah2.. kawin ngn org johor, kak leha.. skrg ade sorg ank, Ahmad Naqib.. nt insyaAllah dapat lg.. kih2..

Fauzul Hakim
My 2nd brother.. pgil die akim.. akim ni plg tinggi n putih dlm adik bradik, digilai wanita2 mse skolah dlu.. aku duk jln2 kt kg, abis anak2 gadis suh kim slm kt abg.. cit.. akim mmg boleh diharap.. mse skolah jadi ketua pelajar kot.. pergh.. kawin ngn orang kelantan, pasir pekan.. kak faten.. kih2.. skrg ade sorg ank lelaki jgk.. Irham Hakimi..

Fadhlul Hayat
My 3rd Brother.. nama pggilan baby (ditukar kepada babay sbb mcm pelik je pgil baby smp tua).. kah2.. walaupun nama pggilan xganas, tp org nya ganas sekali.. mmg rakan dan taulan takut ah nk wt die marah.. tp seganas2 die, die la plg lawak.. kih2.. masih belum kawin, xpasti lg la ble die nak kawin.. kih2..









ade 1 persamaan kami berempat adik bradik.. iaitu smuanya cehekgu.. kah2.. atas dorongan my mother Ustazah Masitah.. smua jd la ckgu.. nanti mungkin ade dua persamaan, iaitu bini2 pn smua ckgu.. kah2.. xtau lg la tu..

Tuesday, February 7, 2012

Jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم
Jodoh itu rahsia Tuhan.. tak kire la org kapel bagai nak rak pun.. klau bukan jodoh die, xkawin jgk last2 nt.. jd better la kte persiapkan diri kita (bagi yang bujang la).. pastikan kita sudah mempunyai pekerjaan dan mampu menyara n mengimamkan anak org (bg yang lelaki) dan mampu menjadi isteri solehah (bagi yang perempuan).. macam mana kita merancang sekali pun, semuanya Allah SWT yang tentukan.. jd kalau putus cinta tu, redha dan percaya bahawa Allah SWT sudah menetapkan yang terbaek untuk kite.. better kite persiapkan diri daripada habiskan masa, wang n dpt dosa dari berkapel (cinta tanpa nikah)..



"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu lah sebaliknya".. berusaha lah kita jadi orang yang baik untuk mendapat yang baik.. tidak cukup dengan hanya mengharapkan yang baik itu datang pada kita.. namun mungkin anda baik, tetapi dapat yang tidak baik, sesungguhnya itu adalah ujian dariNya.. dan ingatlah setiap manusia mampu berubah, jahat macam mana sekalipun, kalau dah dapat hidayah tu, jadi baik lah dia.. hidayah itu milik Allah SWT..

jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan pada jodoh anda..=)

"TIADA UBAT DALAM PERCINTAAN KECUALI NIKAH"

Cantik kan heroin KCB???.. nk cmni boleh?.. kah3.. doa2.. aminnnn..

Thursday, January 19, 2012

Jika Pahala Itu Boleh Dilihat..

بسم الله الرحمن الرحيم
Agaknye jika pahala boleh dilihat dengan mata kasar seperti duit.. mesti semua orang berlumba-lumba utk buat amal kan.. begitu lah lumrah manusia, lebih menumpukan kepada yang zahir melebihi yang bathil.. tidak susah untuk mendapatkan pahala.. bersedekah juga besar pahalanya.. sesungguhnya bersedekah kepada org lain itu adalah seperti bersedekah kepada diri kita sendiri, iaitu dengan memberikan apa2 benda kepada or yang memerlukan dan kita mendapat ganjaran pahala..

marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah SWT..

Wednesday, January 18, 2012

Tolong Selagi Mampu

بسم الله الرحمن الرحيم
"Tolong selagi mampu".. itu lah moto hidupku.. tapi kadang2 xdpt gak aku nk tolg smua org.. maybe aku xmampu or xreti nak tolg.. tp ape2 pun aku akan berusaha untuk tolg org slagi aku boleh.. sbb org cakap, ari ni kte tolg org, nt2 ble kte susah rmai org tolg kte.. insyaAllah..

selalunya manusia ni time susah la baru cari org.. lps je senang, xdenye dh nk cari org yg tolg die.. kih2.. tp xpelah.. kte kena ikhlaskan diri dalam menolong.. even org tu xbg pape kat kite, percayalah Allah SWT dah sediakan ganjaran pahala bagi kite.. sesungguhnya tiada benda di dunia ni yang lebih berharga daripada pahala-Nya..

Kalau awek mintak tolg makin laju la kan tolg.. kah3.. jangan tiru gambar di ats.. elakkan diskriminasi jantina dalam menolong org..kih3..