بسم الله الرحمن الرحيم
Saya telah membaca sebuah buku bertajuk "Mukjizat dan Tanda-tanda Kenabian Semasa Kelahiran Nabi Muhammad SAW" susunan Dr Muhammad Dhani, LC. Buku ini sememangnya membuatkan saya lebih kenal akan Rasul terakhir kita, Nabi Muhammad SAW. betapa sempurnanya akhlak Rasulullah SAW. antara yang terdapat dalam buku ini yang ingin saya kongsikan ialah mengenai Makan dan Minum Nabi.
TIDAK PERNAH MENCELA MAKANAN
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)
Allah berfirman tentang makanan,
“Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya”
(Surah ‘Abasa 80:24)
Hadis riwayat Ibnu Umar r.a, dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:
"Orang kafir itu makan di dalam tujuh usus, manakala orang mukmin makan dalam satu usus."
TIDAK MAKAN SAMBIL BERSANDAR
Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith Riwayat Bukhari)
MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Dari Habsyah binti Umar r.a, dia berkata "Rasulullah s.a.w selalu menggunakan tangan kanannya untuk makan, minum dan berpakaian. Manakala baginda menggunakan tangan kirinya selain itu."
MAKAN DENGAN TIGA JARI
Hadith tentang Nabi S.A.W. makan dengan 3 jari diriwayatkan antaranya oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Darimi.
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يأكل بثلاث أصابع فإذا فرغ لعقها
Maksudnya: “(Ka’ab menceritakan) bahawasanya Rasulullah S.A.W. makan dengan 3 jari, dan apabila selesai baginda menjilatnya.” (HR Muslim)
MINUM DENGAN DUDUK DAN BERDIRI
Dari Amru bin Syuaib, dari ayahnya, dari datuknya r.a dia berkata "Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w minum sambil duduk dan berdiri." (HR Tirmidzi)
BERDOA SEBELUM DAN SESUDAH MAKAN
Anas bin Malik r.a berkata "Adalah Nabi SAW apa bila makanannya telah didekatkan kepadanya, baginda membaca bismillah dan apa bila selesai makan, baginda berkata "Ya Allah, Engkau telah memberikan makan dan minum, Engkau telah mencukupkan dan meredai dan Engkau telah memberikan petunjuk kepadaku serta menghidupkanku. Segala puji bagiMu atas semua yang Engkau berikan kepadaku." (HR Ahmad dan Nasa'i)
TIDAK PERNAH KENYANG DUA HARI BERTURUT-TURUT
Dari Aisyah r.a, dia berkata "Keluarga Muhammad s.a.w tidak pernah kenyang dari roti tepung selama dua hari berturut-turut sehingga baginda meninggal dunia"
TIDAK PERNAH MAKAN DIHADAPAN MEJA MAKAN
Anas bin Malik r.a mengisahkan "Rasulullah SAW tidak pernah makan di atas khiwan (meja makan) hingga meninggal dunia dan baginda juga tidak pernah makan roti empuk sehingga meninggal dunia." (HR Bukhari).
Jadi marilah kita sama-sama cuba contohi amalan Rasulullah SAW semampu yang boleh.. huhu.. insyaAllah.. di mana ada kemahuan, di situ perlu kesungguhan..
No comments:
Post a Comment